Followers

Thursday, July 11, 2019

Sekolahku

Dalam kenangan

Terkini


Pada  awalnya  dikenali sebagai SM. Wallace Bay yang dibuka  pada 4hb. Februari 1974. Perasmian sekolah ini telah dibuat oleh Y.B Haji Mohd. Kassim Kamidin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri pada 10hb. Februari 1974.

Pentadbiran sekolah ini dijalankan secara gabungan bersama  SR. Ladang Wallace Bay dan diberi nama Sekolah Gabungan Wallace Bay dengan seorang pengetua iaitu En. Stephen Leong Khai Ming.

Pada peringkat awal sekolah ini dibuka, pelajar dalam tingkatan satu adalah seramai 103 orang.  Mereka  ditempatkan di dalam dua aliran iaitu 72 orang dalam aliran inggeris dan 31 orang yang lain dalam aliran melayu. Kemudahan asas seperti rumah guru dan bekalan elektrik telah dibekalkan secara percuma oleh Syarikat The North Borneo Timber (NBT) sehingga tahun 1985.

Pada 27hb. September 1993, merupakan era baru bagi sekolah ini di mana tapak sekolah lama telah dipindahkan ke Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik dan mempunyai pentadbiran sendiri. Bekalan elektrik diperoleh daripada janakuasa sendiri pada sebelah pagi dan daripada Lembaga Letrik Sabah (LLS) pada sebelah petang.  Pada  6hb.  Mei 1994, SM Wallace Bay ditukarkan menjadi SMK Wallace Bay.



No comments:

Post a Comment