Followers

Thursday, July 11, 2019

Unit Khas di JBPM Pahang



Pengenalan

Maltamat awal mewujudkan pasukan bomba adalah sebagai pasukan pemadam kebakaran sahaja. Kemudian ianya bekembang disebakna keperluan masyarakat kepada pasukan yang bersedia memberi bantuan kecemasan 24 jam apabila ditimpa musibah.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila corak kehidupan masyarakat semakin berkembang pesat. Corak panggilan kecemasan yang diterima oleh pasukan bomba juga telah berubah. Kalau dulu panggilan kebakaran jauh mengatasi panggilan menyelamat, kini kedua-dua jenis kecemasan ini telah hampir sama banyaknya dan trend menunjukkan panggilan menyelamat semakin meningkat.

Lebih merumitkan keadaan ialah kerja-kerja menyelamat adalah jauh lebih pelbagai dari kerja-kerja pemadaman kebakaran dan memerlukan peralatan yang berbeza serta kemahiran yang pelbagai.

Bagi menyahut cabaran inilah, maka Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memperkenalkan konsep "multi-skill" dimana setiap pegawai bomba dilatih dengan pelbagai kemahiran dan unit-unit khas telah dibentuk bagi mengkhususkan lagi kemahiran di dalam bidang-bidang yang telah dikenalpasti.


Unit MUST

Tanggal 11 September 1998 merupakan tarikh bersejarah kepada JBPM. Ini kerana pada tarikh tersebut, merupakan tarikh rasmi penubuhan Pasukan Multi-Skill Team (MUST). Jabatan telah menerima 2 buah helikopter iaitu Mi-17-1V buatan Rusia yang mana majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri ketika itu ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pasukan ini adalah merupakan pasukan atau krew yang melaksanakan kerja-kerja menyelamat dan pengurusan kecemasan secara terus kepada mangsa dan situasi kecemasan.

Unit STORM

(Unit Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM)
antara tugas utama yang di sandang oleh unit khas ini adalah :
·         Operasi menyelamat di waktu malam
·         Operasi menyelamat berskala besar atau di altitud tinggi.
·         Operasi menyelamat di dalam Hutan
·         Operasi Menyelamat di udara dan laut
·         Operasi menyelamat jentera udara / kapal terbang atau helikopter.


Unit HAZMAT

Ditubuhkan pada 29 oktober 1992 selepas insiden “Bright Sparkles Firework Disaster”,
Hazardous Material Unit Team atau lebih dikenali sebagai “HAZMAT” ialah unit Khas yang ditubuhkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia bagi menangani bahaya kimia iaitu
·         Pengendalian tumpahan bahan kimia merbahaya
·         Menangani kebocoran Radiasi
·         Memadam api yang mempunyai unsur kimia merbahaya
·         Menangani CBRNe ( Chemical,Biological,Nuclear exposure.


 
Unit EMRS
Pada tahun 2006, Jabatan Bomba Dan penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan Khas iaitu Pasukan perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Segala kepakaran anggota EMRS dilatih dan ditauliahkan oleh MASTEM atau Pertubuhan Perubatan Kecemasan dan Traumatologi Malaysia.


Unit SCUBA

Peranan Unit Penyelamat Di Dalam Air adalah untuk menangani insiden dan kecemasan yang berlaku di dalam air. Unit ini terdiri daripada pegawai dan anggota berkelayakan yang dilatih di dalam dan luar negara. Umumnya, Unit ini mempunyai lesen daripada Persatuan Penyelam "National Association Under Water Instructor (SSI)".


Unit RIM

Rapid Intervention Motorcycle Team atau lebih dikenali sebagai unit RIM ditubuhkan pada tahun 1999 bagi menangani operasi menyelamat di kawasan yang bertrafik tinggi. Motor yang dilengkapi dengan kelengkapan asas untuk memadamkan kebakaran berskala kecil dan sederhana serta peralatan menyelamat, Unit RIM juga mampu menangani kemalangan lebih awal sekiranya jentera utama Bomba kelewatan disebabkan masalah lalu lintas.





No comments:

Post a Comment